fbpx

Nilai kontrak Haily bertambah kepada RM713.56 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu projek perumahan yang telah dibangunkan oleh Haily di Johor.

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily Group) telah memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM53.80 juta daripada Tasek Maju Realty Sdn. Bhd. (Tasek Maju) untuk membina 170 unit kediaman bagi perbandaran Taman Mutiara Maju di Johor Bahru. 

Ini merupakan projek utama keempat yang diraih oleh Kumpulan pada tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah nilai kontrak projek berterusannya meningkat kepada RM713.56 juta.

Bagi pembinaan projek tersebut, anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn Bhd, telah menerima Surat Anugerah daripada Tasek Maju pada 26 Jun lalu untuk membina rumah di fasa 3, Taman Mutiara Maju, Johor Bahru dan ia dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group, See Tin Hai berkata, perolehan kontrak baharu ini adalah pencapaian utama bagi Kumpulan sehingga kini dan ia menunjukkan keyakinan pasaran terhadap peningkatan keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan luar biasa dan mengekalkan standard mutu kerja yang tinggi.

“Kami optimis terhadap prospek jangka panjang pembangunan hartanah dan industri pembinaan di Johor yang mana antara projek infrastruktur utama yang dibina adalah pautan Sistem Transit Rapid (RTS), yang dijangka siap pada 2026. 

“Dan pada tahun ini juga, beberapa pemaju terkemuka telah mengumumkan projek baharu di Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah lebih RM1 bilion.

“Sehingga kini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM204.48 juta yang telah melebihi apa yang kami perolehi untuk keseluruhan tahun 2022,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tin Hai menerangkan, pihaknya kini optimis terhadap keupayaan Kumpulan untuk kekal berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023. 

“Kami akan terus berusaha ke arah mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi tahun ini,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI