fbpx

Mekanik rugi RM200,000 diugut sebar video bogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA KANGSAR – Seorang mekanik kerugian RM200,000 selepas diperas ugut kenalan wanita dikenali sebagai Yaya yang mahu menyebarkan video bogel dan aksi lucahnya, semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu berkenalan dengan suspek di media sosial Facebook sebelum hubungan diteruskan menerusi panggilan video.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek meminta mangsa menerima panggilan video yang dibuatnya kerana mahu menunjukkan sesuatu yang istimewa.

Katanya, melalui panggilan video itu mangsa telah melihat suspek berbogel sambil melakukan aksi ghairah.

“Mangsa yang terpengaruh dengan aksi tersebut turut berbogel dan melakukan perkara tidak senonoh bersama suspek tanpa menyedari perbuatannya itu telah dirakam.

“Mangsa menyedari dia diperangkap selepas suspek menghantar rakaman video kepadanya sejurus menamatkan panggilan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa diugut suspek supaya membayar wang sekiranya tidak mahu rakaman video bogel dan aksi lucahnya itu tersebar di media sosial.

Katanya, mangsa yang ketakutan telah melakukan 38 transaksi perbankan atas talian dalam lima akaun bank berbeza membabitkan wang berjumlah RM200,000.

“Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis pada pukul 1.49 petang semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI