fbpx

Mayat terapung dijumpai di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui terapung di lombong di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, Ipoh hari ini.

IPOH – Mayat seorang lelaki ditemuI terapung di lombong di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 9.45 pagi.

Katanya, pasukan siasatan yang tiba di lokasi kejadian menemui mayat simati terapung pada jarak 10 meter dari tebing lombong.

“Turut dijumpai di lokasi kejadian sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan sepasang selipar di tepi lombong disyaki milik simati. Pasukan bomba dihubungi bagi membantu mengeluarkan mayat dari lombong. Hasil pemeriksaan terhadap tubuh simati mendapati tiada sebarang kesan perlakuan jenayah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut pada badan simati menjumpai kad pengenalan di poket seluar bahagian kanan atas nama seorang lelaki berusia 55 tahun.

Katanya, semakan mendapati motor yang ditinggalkan berhampiran lokasi kejadian didaftarkan atas nama simati.

“Simati tinggal bersama abang dan adik lelakinya di Kampung Baru Buntong. Menurut abang simati, adiknya itu masih bujang dan merupakan seorang pesakit mental.

“Mayat simati dihantar ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mendapati punca kematian akibat mati lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`