fbpx

BN Melaka bantu jentera Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf . Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Barisan Nasional (BN) Melaka akan memberikan sokongan dan bantuan kepada jentera Negeri Sembilan dalam menghadapi kempen pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu tidak lama lagi.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, gerak kerja akan difokuskan kepada kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersempadan dengan negeri ini.

Jelasnya, antara kerusi terlibat adalah DUN yang berada dalam Parlimen Rembau, Tampin, Port Dickson dan Seremban.

“Melaka akan membantu Negeri Sembilan, jadi kita telah pecahkan mengikut Parlimen masing-masing untuk menjaga kawasan-kawasan yang telahpun diberikan tanggungjawab.

“Jadi semua kawasan yang kita jaga adalah kawasan yang bersempadan di antara Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi cadangan pelaksanaan inisiatif tiada belok ke kanan (no right turn) di Persimpangan Stadium Hang Jebat di sini, hari ini.

DUN Negeri Sembilan Ke-14 dibubarkan 1 Julai lalu bagi memberi ruang PRN diadakan.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN. Baki 16 kerusi lagi dimenangi BN.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan Enakmen Anti Lompat Parti, Ab. Rauf berkata, rang undang-undang (RUU) berhubung perkara itu akan dibentangkan dalam Sidang DUN pada akhir bulan ini.

Jelasnya, meskipun kerajaan negeri menguasai 26 daripada 28 kerusi DUN, enakmen berkenaan perlu dikuatkuasakan selari dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskannya pada Julai tahun lalu.

“Sidang DUN yang akan datang ini, kita akan membentangkan akta lompat parti seperti mana yang telah diputuskan di Parlimen. Melaka akan mengambil langkah kali ini untuk dibentangkan dalam Sidang DUN.

“Kita mesti bentangkan kerana kita kena mengikut apa yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI