fbpx

Pemanas badan sebelum final Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLARI mengingatkan anak-anak buahnya bahawa kemenangan lepas tidak seharusnya menjadi ukuran menjelang menentang KL City pada Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengingatkan anak buahnya supaya memberi tumpuan penuh ketika menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Solari memberitahu, kemenangan 3-0 pada pertemuan lalu tidak seharusnya menjadi ukuran kejayaan setelah pasukan itu kini berada di prestasi terbaik mereka.

Katanya, skuad The City Boys itu pasti mempunyai perancangan tersendiri ketika berdepan skuad bimbingannya dalam ­usaha untuk mencipta kejutan ke atas JDT.

“Saya melihat KL City FC sebagai pasukan yang berbeza ketika ini berbanding pertemuan sebelum ini. Mereka tampak lebih mantap dan lebih bersemangat.

“Pemain KL City juga dilihat sentiasa beraksi dengan penuh berkeyakinan terutamanya apabila menentang pasukan-pasukan handalan seperti menewaskan Terengganu (FC), di Terengganu di mana kita sendiri berdepan kesukaran beraksi di situ.

“Oleh itu, kita perlu bersedia secukupnya kerana jelas pasukan ini memiliki pemain serta jurulatih yang berkualiti,” katanya.

Pertembungan pada malam ini ibarat bayangan perlawanan akhir Piala FA 2023 setelah ke­dua-dua pasukan berentap pada aksi final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada 22 Julai ini.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan yang disifatkan sebagai pra final Piala FA itu, Solari memberitahu, sebarang keputusan yang dicatatkan pada malam ini bukanlah cerminan sebenar perlawanan akhir nanti.

“Ramai yang beranggapan perlawanan ini sebagai aksi ‘pra-final’ Piala FA 2023 nanti. Walau apapun keputusannya nanti, kita tetap menjalankan persediaan tapi menghadapi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI