fbpx

Sarjan maut tertembak diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut disyaki menembak dirinya sendiri dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di sini petang semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.40 petang itu di sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.

Mayat anggota polis berusia 58 tahun itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban malam tadi bagi proses bedah siasat.

Difahamkan, kenyataan akhbar mengenai kejadian berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI