fbpx
Wanita mudah layu dengan kata-kata manis lelaki. – GAMBAR HIASAN

Nafsu tinggi punca bini pilih si penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Siapa me­nyangka hubungan rumah tangga yang dibina sejak 15 tahun lalu berakhir dengan perpisahan apabila isteri menuntut cerai kerana mahu berkahwin dengan lelaki lain yang juga suami orang.

Ini yang dihadapi seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 45, saat dia diminta melepaskan isteri tercinta empat tahun lalu.

Akuinya, dia sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, namun akhirnya perpisahan yang dipinta isteri sebagai jalan untuk beralih cinta terhadap majikan.

“Saya berusaha mempertahankan hubungan kami memandangkan dua anak berusia 10 dan 5 tahun ketika itu masih memerlukan kasih sayang ibu dan ayah.

“Memang tidak sangka isteri sanggup memohon cerai di mahkamah atas alasan kami berdua gagal capai persefahaman dan mahu mencari kebahagiaan dengan insan lain meskipun dia dimadukan sebagai isteri kedua,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Menurutnya, meskipun berat untuk melafazkan ungkapan cerai, tetapi keputusan penamat perlu dibuat selepas melihat perubahan diri isteri selain mempunyai bukti kukuh berkaitan kecurangan wanita itu.

“Isteri berubah 360 darjah, tidak lagi melayan saya seperti mana fasa pertama pernikahan kami dahulu. Dia tidak lagi mahu disentuh dan dimanjakan.

“Sepenuh masanya hanya di luar dan tinggal di rumah sewa­nya, manakala anak-anak bergilir dijaga oleh kami termasuk keluarga mentua.

Hubungan kami berakhir gara-gara si penyondol dan isteri tak lagi mampu melawan hawa nafsu mereka sehingga sanggup me­lakukan perbuatan keji,” ujarnya.

Seorang pegawai kerajaan yang mahu dikenali sebagai Aulia, 46, pula mendakwa, dia mempunyai alasan kukuh untuk memohon perceraian bagi mencari kebahagiaan hidup.

“Sudah sedekad saya tidak merasai erti kasih dalam hubungan. Saya perlukan insan yang boleh membahagiakan hidup, ambil berat setiap masa selain sentiasa beri kata semangat.

“Saya boleh dikatakan seorang wanita bekerjaya. Setiap hari perlu fikirkan soal kerja dan urusan itu tidak pernah selesai. Saya mahu kasih sa­yang daripada suami dan memahami diri ini, itu sudah cukup.

“Ini langsung tidak pernah bertanya tentang kesihatan, makan atau minum, sakit atau demam. Dia jauh berbeza dengan insan rapat yang saya kenali di pejabat yang kini sudah berstatus suami sendiri ketika ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN