fbpx

Lelaki pura-pura banding telefon bimbit sebelum larikan dua iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang melarikan dua talefon bimbit terpakai jenis Iphone dari sebuah kedai talefon di Bandar Seri Jempol, di sini, 1.34 tengah hari tadi. - MEDIA SOSIAL

JEMPOL – Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang melarikan dua buah telefon bimbit terpakai jenis iPhone dari sebuah premis di Bandar Seri Jempol, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.34 tengah hari, suspek telah datang ke kedai telefon itu dengan memakai baju jenis ‘hoodie’ hitam tanpa corak dan berseluar panjang hitam dengan bertopi keledar jenama SGV.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata, suspek meminta dengan seorang pembantu kedai berusia 25 tahun untuk melihat sebuah iPhone 12 Pro Max 256GB berwarna biru yang dipamerkan dalam kaunter jualan.

“Suspek kemudian meminta sebuah lagi iPhone 11 Pro Max 256GB terpakai warna emas untuk buat perbandingan. Rakan sekerja pengadu yang sedang membaiki telefon di sebelah kaunter jualan menegur suspek dan mengecamnya telah datang kira-kira 5 petang semalam dan melihat telefon Vivo V25 Pro.

“Suspek maklumkan kepada pembantu kedai mahu menunjukkan dua telefon tersebut kepada abangnya yang dikatakan berada di luar kedai. Bagaimanapun, suspek terus melarikan diri dengan membawa dua telefon tersebut menaiki motosikal yang diletakkan di lorong tepi kedai,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Chang Hook berkata, susulan kejadian, kedai tersebut mengalami kerugian RM5,300 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat orang diatas boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI