fbpx

Ijtihad mampu selesai masalah khemah sempit di Mina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah bersesak ketika berada di Mina ekoran keadaan khemah yang sempit baru-baru ini.

MEKAH – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tabung Haji (TH), namun pada masa sama menitahkan supaya masalah khemah sempit di Mina diberi keutamaan untuk diselesaikan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, titah itu disampaikan kepadanya melalui mesej yang dihantar Seri Paduka pada pagi semalam mengenai kesukaran yang dihadapi jemaah ketika berada di situ.

Sehubungan itu katanya, TH akan mengadakan satu perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji supaya satu ijtihad baharu dapat dikeluarkan bagi menangani situasi tersebut.

Jawatankuasa itu terdiri daripada lapan alim ulama dan ahli akademik yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam pelbagai disiplin dan ilmu Islam.

Cadangan itu akan dibawa ke Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan sebelum dimuktamadkan.

“Seperti yang kita tahu, kawasan di Mina itu tidak boleh diperluaskan dan sudah ditentukan oleh hukum. Jadi, sebanyak mana jemaah yang ada akan ditempatkan di situ hingga mengakibatkan kawasan khemah menjadi sesak dan sempit.

“Jadi, untuk langkah penyelesaian saya fikir mungkin perlu ada perbincangan untuk mendapatkan ijtihad baharu supaya kita boleh melakukan sesuatu bagi menangani masalah tersebut,” katanya pada sidang akhbar penutup operasi haji musim 1444H di sini semalam.

Menurut Mohd. Na’im, antara cadangan yang akan diperhalusi termasuk membenarkan jemaah tinggal di luar Mina dan berulang alik untuk bermabit kemudiannya. Ia juga dilakukan oleh jemaah dari negara lain.

Tambahnya, sempadan Mina tidak berubah kerana ditetapkan oleh hukum sejak dahulu lagi tetapi penambahan jemaah berlaku setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI