fbpx

Blok asrama pelajar lelaki terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLOK asrama lelaki yang terbakar awal pagi tadi di SMK Seri Kenangan Batu Anam, Segamat.

SEGAMAT – Sebuah blok bangunan tingkat atas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kenangan Batu Anam di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhd. Hazim Abdul Razak, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada pukul 1.58 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, bangunan berkenaan sudah terbakar 30 peratus sebelum anggota bomba memulakan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 4.03 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, walaupun ada beberapa pelajar lelaki di asrama pada waktu kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami.

Blok bangunan yang terbakar adalah blok asrama pelajar lelaki dan pelajar-pelajar telah diarahkan ke kantin asrama ketika kejadian oleh pihak bahagian pentadbiran sekolah.

Seramai 20 pegawai dan anggota Dari BBP Bandar Segamat dan BBP Bandar Baru Segamat bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Lori Tangki Air, dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.

Operasi ditamatkan pukul 4.03 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI