fbpx

Atiq Azman terima teguran namun ‘bertapi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIQ AZMAN

KERAP terpalit dengan cerita sensasi, Atiq Azman ternyata tidak membiarkan dirinya berterusan menjadi bahan kecaman.

Terbaharu, aktor berusia 23 tahun itu dikecam menayang otot perut atau ‘six pack’ ketika bercuti di sebuah pulau peranginan di Terengganu yang mencetuskan pelbagai reaksi khalayak.

Atiq atau nama lengkapnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah tampil mempertahankan diri dan sempat ’menyekolahkan’ netizen apabila perkongsiannya membuatkan ramai ‘berdebat’ dalam media sosial.

Berterima kasih atas teguran ramai, namun pada masa sama dia meluahkan rasa berang apabila ada individu yang bertindak melampau sehingga sanggup menghina.

Terima teguran

Katanya, dia bukan tidak boleh menerima teguran, namun komen dilemparkan seolah-olah pihak terbabit langsung tiada dosa.

“Nak tegur tak salah, dipersilakan tetapi bukan dengan menghina cakap orang (macam mereka) tiada dosa, (tetapi) diri sendiri tak cermin.

“Cara tegur seeloknya doakan yang baik-baik. Ini tidak, rasa bangga buat teguran yang tak mencerminkan diri,” katanya.

RAJA ATIQ menerima kecaman apabila berkongsi beberapa keping foto memaparkan bahagian perutnya yang berotot menerusi Instagram.

Pada masa sama, sekali lagi pelakon drama Nur itu menegaskan dirinya bukan individu yang menyukai golongan sejenis atau mengamalkan budaya songsang (LGBT).

Tegasnya lagi, waima bergambar dengan wanita pun tentu sahaja dia tetap akan berdepan kecaman yang tidak berkesudahan.

Bukan ‘songsang’

“Kemudian, yang tekankan LGBT sekali lagi, ini paling kelakar. Takkan nak tunjuk keliling perempuan, mulut lancang nanti mula kata ‘eh buaya mamat ini’,” tambahnya.

Atiq turut menekankan kepentingan profesionalisme, selain menyatakan manusia tidak dapat lari daripada membuat kesilapan.

“Sebenarnya saya nak cakap dekat sini, bukan nak menggelupur, kau tengok artis lain berlambak, lepas itu tegur saya satu-satunya bekas tahfiz yang teruk.

“Habis, pangkat ustaz-ustaz yang liwat semua itu? Masing-masing ada salah, bukan nak cakap dosa masing-masing tanggung tapi cara teguran itu tidak manis, profesional sikit,” tegasnya.

Beberapa hari lalu Atiq berkongsi beberapa gambar percutian tepi pantai yang mencetuskan kecaman netizen disebabkan dirinya yang sebelum ini sinonim berimej alim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI