fbpx

Kai Havertz dedah ‘berhutang’ dengan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ percaya Arteta berjaya mengubah kualiti Arsenal untuk terus menjadi pasukan memburu kejuaraan pada musim depan.

LONDON – Bintang baharu ­Arsenal, Kai Havertz tidak rela perpindahannya sekadar menjadi bahan bagi melariskan beri­ta, sebaliknya kekal dengan motivasi untuk membantu Mikel ­Arteta menjulang trofi bersama The Gunners.

Pemain kebangsaan Jerman itu pantas menghamburkan ­pujian kepada Arsenal dan menjelaskan, mentaliti yang dimiliki kelab itu ketika mendahului hampir majoriti saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu menjadi antara sebab kepada penghijrahannya.

Havertz juga mengakui bahawa Arteta berjaya mengubah kualiti Arsenal hingga memberikan ­kesukaran buat Chelsea setiap kali kedua-dua pasukan bertembung.

“Kelab ini mempunyai sejarah hebat dan saya harap mampu mencapai lebih banyak kejayaan. Mentaliti yang ada pada Arsenal juga cukup tinggi, kamu sendiri dapat merasakannya dan sebab itu juga saya berdepan kesukaran setiap kali menentang kelab ini.

“Saya akan berikan segala-galanya untuk penyokong dan kelab ini. Saya kini tidak sabar untuk bertemu rakan-rakan sepasukan serta kakitangan kelab pada pramusim,” katanya.

Havertz menghabiskan tempoh tiga musim bersama Chelsea dan pernah memenangi Liga Juara-Juara sebelum melengkap­kan perpindahan ke Emirates dengan nilai £65 juta (RM383 juta).

Sementara itu, Pengarah Sukan Arsenal, Edu merasakan kehadiran Havertz bakal menambah keterujaan kepada persaingan di barisan depan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI