fbpx

Shopee ambil tindakan akaun jual patung seks rupa kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara patung yang dijual dalam platform tersebut.

PETALING JAYA – Platform e-dagang Shopee mengambil tindakan terhadap beberapa akaun yang dilaporkan menjual patung seks menyerupai kanak-kanak.

Respons itu diberi Shopee selepas perkara tersebut tular di media sosial selain dipersoalkan mengapa ia dibenarkan untuk dijual.

“Terima kasih atas laporan anda. Kami telah memaklumkan kepada pasukan berkaitan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Orang ramai dinasihat untuk memfailkan aduan sekiranya mereka menemui penjual atau produk yang disenaraikan di platform yang tidak mematuhi dasar,” katanya di Twitter sebentar tadi.

Difahamkan, memiliki patung seks merupakan antara kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang juga terpakai kepada penjual atau pengedar.

Terdahulu, seorang wanita tampil mendedahkan mengenai penjualan patung mainan seks menyerupai kanak-kanak menerusi sebuah platform dalam talian.

Lebih mengejutkan, terdapat patung yang dikenakan pakaian baju kurung seperti budak sekolah dengan harga antara RM800 hingga RM3,000.

Perkara itu yang didedahkan menerusi perkongsian di Twitter Masitah, memaparkan beberapa tangkap layar akaun yang menjual patung tersebut.

Berdasarkan tangkap layar itu, hampir kesemua akaun ‘seller’ (penjual) didapati berpangkalan dalam negara iaitu di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI