fbpx

Malaysia kutuk tindakan Sweden benar lelaki bakar al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PETALING JAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pihak berkuasa Sweden kerana memberikan kelulusan kepada tindakan provokatif membakar al-Quran di Stockholm, Sweden, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, perbuatan tersebut sangat menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi ketika sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Pencemaran Kitab Suci ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha, sangat menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia.

“Ia melanggar prinsip menghormati dan memahami semua agama dan kitab suci agama masing-masing.

“Keputusan oleh mahkamah Sweden bukanlah satu langkah progresif dalam usaha kami untuk meningkatkan rasa hormat dan persefahaman bersama untuk kebaikan manusia,” katanya dalam ciapan Twitter, hari ini.

Semalam, seorang lelaki membakar sebilangan muka surat kitab suci al-Quran di luar masjid utama di Stockholm semalam dalam perbuatan yang mengundang kecaman Turkiye.

Ankara menggantung percubaan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),  beberapa hari menjelang satu sidang kemuncak.

Polis Sweden memberi permit untuk satu tunjuk perasaan selari dengan jaminan  kebebasan bersuara tetapi turut membuka kertas siasatan terhadap lelaki tersebut yang berasal dari Iraq, kerana ‘menghasut kebencian terhadap sesebuah kumpulan etnik’.

Salwan Momika, 37, yang melarikan diri  ke Sweden beberapa tahun lalu telah meminta kebenaran polis untuk membakar kitab suci itu ‘untuk menyuarakan pandangan saya tentang al-Quran’.

Di bawah kawalan ramai anggota polis, Momika berucap di hadapan berpuluh-puluh orang awam menerusi pembesar suara.

Dia memijak al-Quran dan melakukan perkara amat biadab yang lain sebelum membakarnya. Dia seterusnya melakukan lagi perkara biadab sambil mengibarkan bendera Sweden, demikian menurut wartawan AFP di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI