fbpx

Khalis Spin sakit misteri, anak tercicir akademik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALIS SPIN

EPISOD kesukaran hidup vokalis The Real Spin, Khalis Shari yang berpunca daripada masalah kesihatan kronik sekitar dua tahun lalu memberi kesan terhadap pendidikan lima anaknya.

Biarpun tahap kesihatan abang kepada penyanyi Tajul itu sudah semakin pulih, mereka sekeluarga masih berdepan kesukaran disebabkan Khalis yang bekerja tetap.

Malah, dalam situasi tidak menentu sejak penyanyi berusia 35 tahun itu diserang penyakit misteri, anak-anaknya terpaksa bergilir menjaganya selain keluar mencari rezeki.

Disebabkan itu, dua daripadanya yang kini berusia 19 tahun tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala dua lagi berusia 11 dan 14 tahun baru kembali ke sekolah dan seorang lagi berumur 17 tahun memilih tidak ke bersekolah.

Kasihan sungguh Mizz Lahar mendengar cerita mengenai keadaan Khalis serta keluarganya yang tentu saja tidak putus untuk meneruskan hidup.

Pengorbanan anak-anaknya cukup besar, cuma berikutan kesempitan hidup membuatkan mereka memilih untuk meninggalkan alam pendidikan lebih awal.

Selain agensi kerajaan yang khabarnya sudah meninjau keadaan keluarga itu, individu atau pihak yang ingin meringankan beban adik kepada Allahyarham Achik Spin itu boleh juga berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI