fbpx

MBSB sasar RM1 bilion pembiayaan FSA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azam (tengah) melihat laporan tahunan MBSB di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyasarkan pembiayaan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah kepada RM1 bilion  sehingga bulan Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, permohonan fasa pertama FSA2 KWSP itu telah dibuka sejak April lalu dan sehingga kini nilai pembiayaannya telah mencecah kira-kira RM970 juta.

“Pada masa ini, kita melaksanakan beberapa proses berkaitan yang melibatkan pelanggan  dan berharap kita berjaya mencapai RM1 bilion pembiayaan tersebut pada akhir bulan ini.

“Bagi fasa dua FSA2 KWSP pula, kita sedang berusaha untuk melaksanakannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MBSB di ibu pejabatnya di sini semalam.

Permohonan FSA2 bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi hanya boleh dibuat menerusi dua institusi kewangan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

FSA2 dilaksanakan dalam dua fasa yang mana fasa pertama bermula pada 7 April dan kekal dibuka selama setahun untuk ahli berusia 40 tahun ke atas yang layak, sementara fasa kedua melibatkan ahli berusia 40 tahun ke bawah.

Sementara itu, Nor Azam menjelaskan, pihaknya turut menyasarkan pertumbuhan pembiayaan pada tahun ini antara lapan hingga 10 peratus.

“Justeru kita akan melaksanakan strategi serampang empat mata kami merangkumi antaranya fokus kepada bidang pertumbuhan baharu, penyelesaian inovatif, kerjasama strategik dan kunci kira-kira pengurusan.

“Kita juga sedang melihat kepada usaha untuk meningkatkan pasaran dalam korporat dan pembiayaan hartanah serta mengembangkan kedudukan dalam pertanian serta pembuatan makanan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI