fbpx

Sukuk Wakalah JCorp terlebih langganan lima kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JCorp berperanan sebagai institusi pegangan pelaburan yang merentasi pelbagai sektor utama ekonomi Malaysia.

PETALING JAYA –  Sukuk Wakalah Johor Corporation (JCorp) yang diterbitkan oleh kerajaan negeri Johor telah mendapat sambutan luar biasa daripada pelabur apabila ia terlebih langganan sebanyak lima kali sejak diterbitkan.

Permintaan yang tinggi ini juga telah mengakibatkan peningkatan saiz pelaksanaan daripada jumlah asal sebanyak RM1.3 bilion kepada RM1.5 bilion dengan kadar kompetitif sebanyak 15 mata asas (bps) bagi seluruh tawaran sukuk tujuh  tahun, 10 tahun dan 15 tahun dengan kadar keuntungan masing-masing 4.45 peratus, 4.54 peratus dan 4.80 peratus.

Terbitan ini menerima jaminan tanpa syarat dan jaminan pelaksanaan oleh kerajaan negeri Johor untuk jumlah sepenuhnya iaitu RM2 bilion dan sebarang keuntungan terakru.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, permintaan yang luar biasa bagi tawaran Sukuk Wakalah ini adalah bukti kukuh kepada peranan penting JCorp selaku institusi pegangan pelaburan merentasi pelbagai sektor utama ekonomi Malaysia. 

“Permintaan yang luar biasa bagi tawaran Sukuk Wakalah tersebut adalah bukti kukuh kepada peranan penting JCorp selaku institusi pegangan pelaburan merentasi pelbagai sektor utama ekonomi Malaysia. 

“Pendekatan strategik JCorp juga dilihat menyumbang kepada pembentukan landskap ekonomi yang selari dengan pemegang kepentingan domestik dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Syed Mohamed menjelaskan, berpandukan kepada kejayaan pelaksanaan Pelan Penciptaan Semula JCorp 3.0 dan pencapaian kewangan yang cemerlang pada TK2022, penerbitan Sukuk Wakalah ini merupakan langkah penting dalam penyusunan semula struktur kewangan syarikat untuk memacu nilai yang lebih tinggi.

“Pencapaian keputusan kewangan kumpulan yang luar biasa pada TK2022 adalah refleksi komitmen teguh JCorp untuk memacu pembangunan ekonomi serta mendepani cabaran pasaran yang tidak menentu dengan cekap dan lestari,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI