fbpx

Piala FA: Selangor siapkan strategi terbaik robek gawang JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR menganggap kekalahan kepada JDT sebelum ini adalah pengajaran terbaik untuk mereka tampil lebih bersedia pada aksi separuh akhir Piala FA malam ini.

PEMENANG aksi separuh akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini bakal ditentukan oleh kekuatan mental pemain kedua-dua pasukan.

Walaupun Harimau Selatan memiliki sedikit kelebihan daripada segi kualiti pemain, sokongan peminat dan rekod pada aksi Liga Super, Selangor tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi pasukan kedua merobek gawang tuan rumah di Johor Bahru.

“Ini adalah perlawanan tumpuan dan kita tahu JDT ada kekuatan apabila bermain di laman sendiri. Kunjungan kami ke sana perlu disertakan dengan matlamat untuk cari keputusan positif dan kami perlu bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.

“Kami kena ada strategi terbaik kerana JDT memiliki jentera serangan berkualiti. Jadi pertahanan kami kena bijak untuk kawal situasi, perlu tenang setiap kali berdepan tekanan daripada JDT,” kata pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe.

JDT sebelum ini telah merekodkan 33 gol dalam semua lapan aksi kompetitif dan hanya bolos sekali di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain perseteruan antara kedua-dua kelab, Cheng Hoe akui tumpuan pada aksi kali ini turut menjurus kepada perhitungan dua bintang yang menyerlah dengan skuad kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.

Sementara itu, bintang muda Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi merasakan Gergasi Merah memperoleh pengajaran berguna ketika tewas 0-4 kepada JDT pada aksi Liga Super, Mac lalu.

“Saya harap seluruh pasukan dapat baca permainan mereka dan berikan kerjasama baik sepanjang perlawanan. Saya tidak mahu ada yang ambil mudah kerana kalau kami tidak lakukannya secara berpasukan sudah pasti kami tidak akan boleh pergi jauh.

“Saya juga harap kami dapat belajar daripada perlawanan lepas untuk baiki kekurangan. Apa yang penting kita main dengan cara sendiri dan ikut arahan daripada jurulatih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI