fbpx
Pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, dikawal tiga pemain Penang FC, ketika beraksi dalam Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, hari ini.-KOSMO/GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Liga Super: NSFC sekadar kutip satu mata di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) sekadar mengutip satu mata ketika menentang Penang FC di laman sendiri malam tadi apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Gol permulaan Penang FC dijaringkan oleh penyerang pasukan pada minit ke-48.

Sementera itu, NSFC mendapat jaringan pertama melalui sepakan dari luar kotak penalti dari Tommy Mawat Bada pada minit ke-89.

Perlawanan yang disaksikan 998 orang penonton itu tamat selepas tambahan masa lima minit dan menyaksi kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN