fbpx

Lelaki didenda RM4,500 tipu pasang penghawa dingin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki didenda RM4,500 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki yang ingin memasang penghawa dingin di Kampung Nerasau, Rembau, pada Oktober tahun lalu. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

TAMPIN – Seorang lelaki didenda RM4,500 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki yang ingin memasang penghawa dingin di Kampung Nerasau, Rembau, pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Seng Cheong Kit, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret turut memerintahkan 12 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, pada 18 Oktober dan 19 Oktober tahun lalu bertempat di Cawangan Bank Islam Tampin telah memperdayakan seorang lelaki warga emas dengan mendorong lelaki tersebut mempercayai akan memasang sebuah unit pendingin hawa.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 18 Oktober tahun lalu kira-kira pukul 3.18 petang, pengadu telah memindahkan RM2,000 ke akaun tertuduh dan pada keesokkan paginya memindahkan RM300 ke akaun yang sama.

Pemindahan wang tersebut adalah sebagai bayaran pembelian dan upah pemasangan sebuah unit penghawa dingin terpakai.

Mengikut persetujuan, kerja-kerja pemasangan akan dilakukan selepas Depavali dan kerugian pengadu sebanyak RM2,300.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI