fbpx

Hak keistimewaan, kuasa ‘Inspektor Sheila’ digantung – PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Inspektor Sheila’ tiba di Mahkamah Majistret Selayang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenakan perintah tahan kerja buat pegawai polis wanita, Inspektor Percubaan, S. Sheila Sharon.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman, Datuk Sri Azri Ahmad berkata, perintah di bawah Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah pun disempurnakan ke atas pegawai tersebut.

“Sehubungan itu, segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek sebagai pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Sheila, 35, dihadapkan ke Mahkmah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun ‘Inspektor Sheila’ mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Terdahulu, media melaporkan, seorang pegawai wanita didakwa dengan dua kes selepas videonya yang menghina anggota polis pangkat rendah tular di media sosial.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di salah sebuah kawasan di sekitar Gombak.

Namun, tindakannya tidak berhenti di situ apabila satu lagi video yang menyaksikan pegawai tersebut memaki hamun seorang wanita di sebuah tapak pakir kereta, di Brickfields turut tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI