PENYATUAN dua jiwa sebagai pasangan suami isteri pasti diidamkan oleh sesiapa sahaja yang bergelar manusia. Tetapi perlu diakui, ada juga hubungan rumah tangga yang retak menanti belah disebabkan perkara-perkara tertentu. Kebiasaannya, salah faham atau sudah tiada keserasian dengan pasangan merupakan antara faktor yang mendorong kepada perpisahan. Tidak dinafikan, sifat pasangan yang tiba-tiba berubah selepas berkahwin turut menyumbang kepada masalah perceraian. Itulah nasib dialami oleh Nida (bukan nama sebenar) yang kini rela bersendirian selepas rumah tangga dibina bersama pasangannya lima tahun……