fbpx

Ada masalah ‘otak’ label BN pakatan korup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir menunjukkan manifesto BN Kedah yang sedang dibincangkan menjelang kedatangan PRN, tidak lama lagi.

ALOR SETAR – Tindakan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua melabel Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’ mungkin disebabkan dirinya berdepan masalah otak.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu tidak perlu dilayan kerana golongan sedemikian yang bersifat ekstrem dan melampau sememangnya wujud dalam setiap organisasi.

“Dalam mana-mana parti politik pun, ada kumpulan dipanggil pelampau atau ekstrem. Jenis pelampau ini, mereka akan anggap semua orang lain tak betul dan hanya dia sajalah yang terbaik.

“Golongan ini perangai mereka tak boleh diubah dan mereka takkan beri kebaikan sama ada kepada partinya sendiri mahu pun rakan kongsi.

“Mereka akan sentiasa kondem dan saya fikir otaknya mungkin ada masalah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di pekarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi, Tony dilaporkan berkata bahawa BN yang kini bersama Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan korup dengan label sama turut diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain itu, Tony juga menyuarakan harapan supaya PH dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI