fbpx

‘Rider’ ucap terima kasih rakyat Malaysia, akaun kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura didakwa isi minyak guna tong.

PETALING JAYA – Akaun Grab seorang penghantar makanan yang menegur dua individu warga Singapura di sebuah stesen minyak ketika mereka sedang mengisi minyak ke dalam tong baru-baru ini kembali diaktifkan semula oleh syarikat tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas pihak Grab menjalankan siasatan terperinci kepada penghantar makanan terbabit dan mendapati lelaki berkenaan tidak bersalah.

“Grab admin telah pun menjalankan siasatan, dan mendapati bahawa saya (penghantar makanan) tidak bersalah. Akaun saya telah diaktifkan semula.

“Sekali lagi saya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki tersebut menerusi tangkap layar yang dikongsikan pengguna TikTok @matkibot sebentar tadi.

Terdahulu, lelaki tersebut mendakwa dia telah hilang pekerjaan sebagai penghantar makanan apabila akaunnya telah digantung oleh syarikat Grab.

“Selepas video viral di media sosial, syarikat penghantar telah menggantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (21 Jun).

“Saya segera menghubungi perkhidmatan pelangggan dan di situlah saya diberitahu akan mendapat panggilan daripada pihak atasan syarikat dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah pun menerima panggilan dari pihak terbabit, terdapat laporan mengenai diri saya,” katanya menerusi satu perkongsian video.

Sementara itu, wakil syarikat Grab turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada salah seorang kakitangannya (penghantar makanan) berhubung isu terbabit.

Jelas wakil itu, pihaknya terpaksa menyekat sementara akaun lelaki tersebut untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.

“Kami ingin memastikan laporan yang dibuat atas sebab apa dan mahu mengetahui isu yang disebutkan.

“Kami menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah sebelum pasukan kami melakukan siasatan. Kami gembira untuk mengatakan bahawa pihak kami telah mengaktifkan semula akaun penghantar makanan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepadanya,” katanya menerusi satu ciapan balas di Twitter, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI