fbpx

Petrol, diesel tanpa subsidi Malaysia murah banding negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Harga petrol dan diesel tanpa subsidi di Malaysia jauh lebih murah berbanding harga petrol dan diesel di negara jiran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, perbezaan harga itu antara punca sebilangan warga asing sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyeludup untuk mendapatkan petrol dan diesel di negara ini.

“Minyak (petrol dan diesel) tidak bersubsidi (di Malaysia) pun jauh lebih murah dari minyak di negara mereka. Saya beri contoh Thailand, diesel mereka RM4.76 satu liter. Diesel tidak bersubsidi kita RM2.95. Bersubsidi kita RM2.12.

“Jadi masih berbaloi lagi mereka (warga asing) ambil (minyak tidak bersubsidi) di negara kita. Ambil risiko pula untuk menyeludup,” katanya pada sidang Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dominic Lau Hoe Chai mengenai tindakan dikenakan terhadap warga asing yang membeli petrol atau diesel di Malaysia menggunakan tong seperti kes tular yang berlaku di Johor, baru-baru ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri kerana ditegur cuba mengisi minyak menggunakan tong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI