fbpx

Penyelenggara lif diberkas samun rumah warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek melarikan wang RM2000 bersama kad ATM salah seorang pekerja asing. Foto IHSAN PDRM

AMPANG JAYA – Seorang penyelenggara lif yang menyamun warga asing berjaya diberkas pihak polis dalam serbuan di Setapak, Kuala Lumpur, awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga pengurus pengawal keselamatan dimaklumkan pekerjanya didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang masuk ke dalam rumah pekerjanya di Jalan Bandar 4, Taman Melawati, di sini, pada 12 Jun lalu.

“Dalam kejadian pukul 10.04 pagi, pekerjanya mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali (suspek) telah memecah masuk ke dalam rumah.

“Suspek telah membuat pemeriksaan terhadap pekerja pengadu dan telah mengambil wang tunai sebanyak RM2000 dan kad ATM milik salah seorang pekerja sebelum melarikan diri,”jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, sepasukan polis dari D9 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya telah membuat tangkapan terhadap suspek berusia 28 tahun di kawasan Setapak, kira-kira pukul 2.25 pagi semalam.

“Suspek bekerja sebagai penyelenggara lif mempunyai 11 rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Kita turut merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan samun berkenaan,” jelasnya.

Tambahnya, modus operandi suspek ialah menjalankan aktiviti samun seorang diri dan menyasarkan kepada pekerja asing manakala hasil samun berkenaan digunakan untuk diri sendiri.

“Reman terhadap suspek telah dibenarkan sehingga Selasa minggu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI