fbpx

Musk cabar Zuckerberg bertarung dalam sangkar besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar Musk dan Zuckerberg. – AFP

PARIS, Perancis  – Persaingan perniagaan antara Mark Zuckerberg dan Elon Musk semakin sengit dengan dua taikun elektronik tersebut kini melontar cabaran untuk bertarung antara satu sama lain  dalam kurungan besi.

Beberapa bulan selepas Musk mengambil alih Twitter, Zuckerberg memberi bayangan bahawa beliau merancang untuk melancarkan platform media berasaskan teks seperti Twitter.

Musk melakukan ‘troll’ terhadap Zuckerberg sejak itu dan terbaharu berkata: “Saya bersedia bertarung dalam sangkar jika dia setuju menerima cabaran saya” dalam nada jenaka.

Zuckerberg yang mengikuti trend bos teknologi menjadi sasa dan menyiarkan klip video seni mempertahankan diri membalas semalam dengan menyiarkan mesej di laman Instagram Story bersama mesej: “Hantar aku lokasinya”.

Syarikat milik Zuckerberg, Meta mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah sahih.

Sementara itu, ramai netizen meramalkan  Zuckerberg akan memenangi pertarungan dalam sangkar tersebut.

“Tuhan tolong, biarkan ini jadi kenyataan,” kata wartawan teknologi Taylor Lorenz dalam komen di laman Twitter. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI