fbpx

Ramai geli tengok lelaki makan landak laut mentah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pemuda sedang menikmati landak laut mentah

PETALING JAYA- Tindakan seorang pemuda menikmati landak laut mentah, mengejutkan orang ramai.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik Kak Erly, dapat dilihat, seorang pemuda sedang menikmati landak laut yang mentah di tepi pantai.

“Tak muntah ke? Sedap ke makan landak laut mentah-mentah? Apa rasa agaknya?,” soalnya.

Melalui rakaman video tersebut, dapat dilihat pemuda itu sedang mengorek isi di dalam landak laut itu, kemudian dimakan secara terus.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terkejut dengan tindakan pemuda itu.

“Tak ada cacing ke dalam tu? Macam mana boleh makan mentah macam tu,” komen barbie92

“Anggaplah itu sebagai buah-buahan dari laut, jadi tak geli dah aku,” komen Irfan.

“Aku ingatkan tu durian, tajam-tajam duri dia,” komen Mfadhilah.

Perkongsian terbabit menjadi tular di aplikasi TikTok dan meraih tontonan sebanyak 800,000, 24,700 tanda suka dan 706 komen. -KOSMO! ONLINEl

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI