fbpx

Penyokong Papua New Guinea tetap bersemangat walaupun kalah 10-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehadiran satu keluarga penyokong Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu malam tadi.

PETALING JAYA – Kehadiran satu keluarga iaitu penyokong Papua New Guinea yang tetap memberikan sokongan kepada pasukan negara tersebut biarpun kalah 10-0 dengan Harimau Malaya malam tadi, mengundang rasa kagum orang ramai.

Menerusi video tular di TikTok, difahamkan hanya keluarga tersebut yang hadir menyokong pasukan Papua New Guinea dalam aksi antarabangsa Tier 1 berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu malam tadi.

Situasi itu juga mengundang rasa kagum dan hormat daripada penyokong Harimau Malaya apabila melihat mereka tidak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan negara tersebut biarpun kalah pada perlawanan itu.

“Respect, tetap menyokong negaranya biarpun cuma sekeluarga,” ujar Random Media Channel.

“Walaupun dah tahu akan kalah, tetap sokong. Penyokong macam ini yang kita perlukan bukan macam malam ini menang, terus sokong,” kata Perlu Modal.

Video itu kemudian disedari oleh keluarga tersebut dan seorang wanita menggunakan akaun nama unahjms meninggalkan komen bahawa, dia merupakan warga Papua New Guinea yang tinggal di Terengganu selepas berumah tangga dengan rakyat Malaysia.

“Saya orang Papua New Guinea dan anak-anak saya campuran Malaysia dan Papua New Guinea. Kami tinggal di Terengganu. Jika perlawanan diadakan di Papua New Guinea, kami akan sokong Malaysia.

“Seperti mana anda mencintai dan menyokong negara anda, begitu juga saya. Anak saya anak Malaysia dan anak Papua New Guinea. Permainan yang baik daripada pasukan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Harimau Malaya berpesta gol meratah Papua New Guinea 10-0 dalam aksi antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Kemenangan sempurna Malaysia terhadap pasukan di rangking 149 dunia itu dibantu oleh jaringan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M), Arif Aiman Hanapi serta hatrik Paulo Josue pada babak kedua.

Ini antara kemenangan terbesar Harimau Malaya di peringkat antarabangsa selepas pernah membelasah Filipina 15-1 pada tahun 1962.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI