fbpx

‘Kuat sungguh aura Reza Rahadian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REZA REHADIAN

PELAKON kacak Reza Rahadian sering menjadi contoh terbaik kepada pendatang-pendatang baharu industri seni Indonesia.

Salah seorangnya, pelakon Putri Marino yang pernah bekerjasama dengannya dalam drama Layangan Putus mengakui sangat mengagumi aktor berusia 36 tahun itu.

Putri Marino berkata, dia sentiasa berdebar setiap kali bertemu dengan Reza di set penggambaran dan menganggap pelakon itu seorang yang mempunyai aura terlalu kuat.

“Aura dia terlalu kuat sehingga kita yang berada di sekelilingnya berasa kecil.

“Tapi dia sangat baik dan merendah diri. Saya rasa dia seorang yang aneh tapi dari sudut positif,” ujarnya.

Tambahnya, Reza merupakan seorang aktor yang sangat budiman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI