fbpx

Dewan Negara: Cubaan bunuh diri tidak lagi boleh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramkarpal Singh

PETALING JAYA – Tiada pendakwaan boleh dilakukan atas cubaan bunuh diri selepas tiga rang undang-undang (RUU) berkaitan diluluskan Dewan Negara.

Ia berikutan (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang memberi kuasa kepada pegawai intervensi krisis untuk menangkap (menyelamatkan) seseorang yang cuba bunuh diri pula telah diluluskan, hari ini.

Semalam, dua RUU mengenai menyahjenayahkan (pemansuhan kesalahan) cubaan bunuh diri di Malaysia telah diluluskan.

Rang undang-undang terlibat ialah RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No. 2) 2023 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2023.

Namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, berkata, ketiga-tiga RUU ini terlebih dahulu perlu mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ia adalah berdasarkan Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya diwartakan dalam Warta Kerajaan sebelum berkuat kuasa.

“Sehingga selesainya proses di perenggan 4, suatu moratorium masih lagi berkuat kuasa ke atas pelaksanaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menjenayahkan cubaan bunuh diri. Tiada pendakwaan boleh dijalankan di bawah seksyen tersebut.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Ahli-ahli Parlimen yang telah memberikan sokongan sepenuhnya dalam usaha ini yang akan mengubah pendekatan terhadap cubaan bunuh diri daripada yang bersifat punitif pada masa ini kepada suatu pendekatan yang berasaskan kepada rawatan perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI