fbpx

Dewan Negara: Bantu pelajar tidak duduki SPM menerusi TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan kesinambungan pendidikan untuk murid-murid yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata, kementerian akan meneliti bentuk kerjasama yang akan dilakukan bagi tujuan itu menerusi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“KPM akan teliti bentuk kerjasama dengan kementerian berkaitan agar laluan pendidikan TVET dapat disediakan kepada murid-murid yang tidak menduduki SPM.

“Ia termasuk Kementerian Belia dan Sukan menerusi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Sumber Manusia, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Giat Mara), dan Kementerian Pendidikan Tinggi (Kolej Komuniti).

“Berhubung pembiayaan, KPM yakin program TVET yang ditawarkan oleh kementerian lain menyediakan bentuk pembiayaan bagi memudahkan pelajar mengikuti program tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr Nelson Renganathan mengenai usaha KPM bagi menggalakkan penglibatan murid yang tidak menduduki peperiksaan SPM baru-baru ini, untuk menceburi bidang TVET dan apakah jenis pembiayaan yang disediakan KPM bagi tujuan itu.

Terdahulu, media melaporkan, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan.

Berdasarkan analisis KPM, calon tidak hadir bagi SPM 2022 bertambah berbanding SPM 2021 yang merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 calon yang berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI