fbpx

Liga M3: Kuala Kangsar BRM FC sah tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab Kuala Kangsa BRM FC telah mengharungi sembilan perlawanan Liga M3 sebelum mengambil keputusan untuk tarik diri. - Foto ihsan AFL

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Kangsar BRM FC sah mengambil keputusan tarik diri daripada bersaing dalam kancah Liga M3 musim ini meskipun sudah mengharungi sembilan perlawanan.

Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, penarikan diri kelab itu telah dibuat selepas menerima surat rasmi daripada mereka semalam.

Kata Mohd. Yusoff, semua perlawan melibatkan Kuala Kangsar BRM FC sepanjang sembilan perlawanan lepas dibatalkan serta-merta.

“Kuala Kangsar BRM FC telah secara rasmi menarik diri dari saingan Liga M3 menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023 (semalam).

“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka”

“Semua perlawanan melibatkan Kelab itu dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi semalam.

“Mengenai tindakan yang bakal dikenakan ke atas Kuala Kangsar BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI