fbpx

Azmin dakwa Perikatan Nasional dahului kerusi DUN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ceramah Azmin yang disiarkan di Facebook rasminya semalam.

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa PN sedang mendahului jumlah kerusi di Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu lagi, data tersebut adalah berdasarkan laporan daripada polis yang dikemukakan kepada Putrajaya.

Beliau mendakwa, laporan ini menyebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berasa bimbang, takut dan lambat mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita akan memenangi Selangor, pertahan Kelantan, Terengganu, Kedah dan menang sebahagian di Negeri Sembilan serta Pulau Pinang, Insya-Allah sebulan lagi kerajaan juga akan bertukar.

“Setakat malam ini (kelmarin), laporan daripada pihak polis yang telah dikemukakan kepada Putrajaya, PN telah mendahului dari jumlah kerusi di Selangor,” jelasnya pada Ceramah Selangor Baru Perikatan Nasional Gempur Kuala Langat semalam.

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk membubarkan DUN Selangor pada 23 Jun untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Terdapat 56 kerusi DUN di Selangor yang mana 41 disandang Pakatan Harapan (PH), PN (tujuh), Barisan Nasional (lima) manakala tiga lagi dimiliki Pejuang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI