fbpx

Dr. Mahmood Zuhdi meninggal dunia malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Mahmood Zuhdi.

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid meninggal dunia kira-kira pukul 10.20 malam tadi.

Khabar duka itu dikongsi oleh pentadbir laman Facebook Allahyarham malam tadi.

“Innalillahi wa innailaihi rajiun.

“Untuk makluman, Dato Mahmood Zuhdi baru meninggal dunia jam 10.20 malam tadi,” tulis pentadbir laman Facebook itu.

Menurut perkongsian itu lagi, jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) Seksyen 14 Petaling Jaya pagi ini.

Selesai urusan tersebut, jenazah kemudiannya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara untuk disemadikan.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya dan dianugerahkan kedudukan sebagai Profesor Emeritus daripada universiti itu pada tahun 2011.

Beliau juga merupakan seorang penulis berbakat, telah menerbitkan beberapa buku syariah selama beberapa tahun.

Buku-buku beliau termasuklah ‘Ke arah Merealisasikan Undang-undang Islam’ di Malaysia (1998), Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam Malaysia (1999), Wakaf dan Pelaksanaannya di Malaysia (2000) dan Ulama Penggugat Zaman (2004). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI