fbpx

Umat Islam perlu ‘gali’ semula karya ulama silam – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir ke Majlis Sambutan Jubli Intan SMA Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, Kedah, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk ‘menggali’ semula karya ulama silam seperti warisan ulama, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, karya tersebut yang menyentuh tentang kepemimpinan dan keadilan telah menarik perhatiannya ketika berada di dalam penjara.

Ujarnya, karya itu membahaskan perihal solat, berjudul ‘Munyatul Musalli’ (impian orang yang bersolat) pada bab yang terakhir dalam kitab iaitu ‘Tatmīm al-Fā’idah’.

“Sebelum ini juga saya telah meluncurkan Karya ‘Sayr al-Salikin’ yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. Karya tulisan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia tasawuf di rantau ini.

“Ia mengulas mengenai pemikiran tasawuf Al-Ghazali dan tasawuf-falsafah Ibn. Arabi dengan menggambarkan wacana tingkat tinggi pemikiran Islam yang juga menjadi bacaan institusi pondok.

“Karya agung atau kitab yang berkaitan boleh dikupas dalam memberikan pencerahan kepada masyarakat awam dalam memahami Islam dengan perspektif yang lebih luas,” katanya.

Tambahnya, beliau turut menekankan peranan institusi pondok-pesantren di rantau ini sebelum kemerdekaan yang menjadi kubu pertahanan kepada akidah umat khususnya di rantau ini dalam Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, Kedah, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar juga menzahirkan sekalung perhargaan ke atas Mudir SMA Nahdhah Hasanah Melele, Syeikh Haji Mohd. Jamil Sadaqi Datuk Mursyid Diraja Al-Marhum Syeikh Tajuddin Al-Jarumi, atas jemputan untuk dirinya menghadiri Sambutan Jubli Intan sekolah tersebut.

“Alhamdulillah, saya kembali lagi ke madrasah ini yang dulu lebih dikenali sebagai Pondok Melele setelah 36 tahun pada tahun 1987 semasa hadir sebagai Menteri Pendidikan.

“Saya juga hargai peranan Syeikh Mohd Jamil yang memberi dukungan dan sokongan kepada saya sebagaimana yang pernah Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor,” katanya.

Dalam majlis yang sama Anwar turut mengumumkan, peruntukan tambahan berjumlah RM6.12 juta khusus untuk membantu institusi pendidikan Islam di negeri ini termasuk sekolah pondok, tahfiz dan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI