fbpx

NASA siar imej panorama siang di Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar panorama indah dihantar ke Bumi oleh kenderaan penjelajah NASA, Curiosity di planet Marikh baru-baru ini. - Foto NASA/JPL-CalTech

WASHINGTON – Kenderaan penjelajah Marikh milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity, menghantar beberapa gambar ke Bumi yang memaparkan panorama harian di planet itu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ia merakamkan pemandangan mengagumkan dari Lembah Marker Band di planet itu dengan perincian yang luar biasa, termasuk trek Curiosity sendiri di kawasan tanah merah yang terkenal.

Imej itu adalah gabungan dua panorama yang diambil pada pukul 9.20 pagi dan 3.40 petang dengan menggunakan kamera navigasi hitam-putih yang kemudiannya diwarnakan oleh pasukan NASA di Bumi.

Warna biru mewakili waktu pagi dan kuning pula merupakan waktu petang.

Sebanyak lima gambar dihantar ke Bumi yang menunjukkan pelbagai ciri landskap Marikh manakala dua bukit, Bolivar dan Deepdale boleh dilihat berhampiran kenderaan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI