PETALING JAYA – Kehidupan sebagai penghantar makanan dan barangan di ibu negara bukanlah semudah yang disangka apabila kebanyakan mereka terpaksa berkerja sehingga 15 jam sehari semata-mata untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Malah, rata-rata daripada pekerja p-hailing ini mengakui, pendapatan yang diraih setiap bulan iaitu sekitar RM3,000 hingga RM4,000 hanya cukup-cukup makan untuk menanggung segala kos termasuk sewa rumah, bayaran bil elektrik dan air selain perbelanjaan harian. Dianggarkan lebih 150,000 penghantar makanan dan barangan beroperasi di seluruh negara dengan……