fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan hanya melibatkan di satu dua tempat di Sarawak.

“Kawasan yang diramal dilanda hujan lebat adalah di sekitar Bintulu, Miri dan Limbang,” ujarnya.

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI