fbpx

4 keluarga teruja terima kunci rumah daripada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika Majlis Penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Kampung Tok Bedu, hari ini. Gambar oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Tiada apa yang lebih menggembirakan buat empat buah keluarga di sini menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi apabila menerima kunci rumah masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Md. Nasir Md. Shariff, 42, Siti Nooraie Hassan, 36, Hasimi Ayu Hashim, 47 dan Rosmida Yahya, 40, menerima kunci rumah itu di bawah program Rumah Kasih Ihsan yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP).

Selain dibina di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugo, tiga lagi lokasi pembinaan rumah percuma berharga RM75,000 yang berkeluasan 660 kaki persegi (kps) itu adalah di Padang Menora, Penaga (Kepala Batas) dan Machang Bubuk di Bukit Mertajam.

Kediaman itu dibina di atas tanah berstatus Lesen Kependudukan Sementara (TOL) dan tanah milik keluarga yang diberikan kebenaran untuk membina kediaman atas tanah terbabit.

Salah seorang daripada penerima rumah terbabit iaitu Md. Nasir berkata, dia memohon untuk mendapatkan rumah itu sejak hujung tahun lepas dan bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan.

“Sebenarnya, saya memohon untuk ‘renovate’ (ubahsuai) rumah lama sahaja iaitu rumah pusaka yang saya duduk (diami) tapi depa (kerajaan) mahu buat rumah baru terus untuk ganti rumah lama.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada PM (Perdana Menteri) dan kerajaan kerana prihatin dengan nasib rakyat berpendapatan rendah seperti kami,” katanya ketika ditemui semasa majlis penyerahan kunci rumah itu di Kampung Tok Bedu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI