fbpx

[VIDEO] MK K-Clique kini milik Siti Hajaar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK sah menikahi wanita pilihannya, Siti Hajaar dalam sebuah majlis sederhana di Ampang, Selangor.

AMPANG — Dengan sekali lafaz, penyanyi rap popular, MK K-Clique akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihan Siti Hajaar Syeikh Nordin dalam sebuah majlis di Masjid Jami’il Huda, Ampang, sekitar pukul 9.35 pagi tadi.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Ampang, Haji Mahdi Mat Zain diwalikan bapa pengantin perempuan, Syeikh Nordin Syeikh Ahmad.

Majlis yang berlangsung sederhana itu menyaksikan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302.

Siti Hajaar, 26, menerima seutas gelang tangan emas namun pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Pada majlis sama, MK yang kelihatan kacak mengenakan persalinan serba putih turut menyerahkan enam dulang hantaran berbalas jumlah sama kepada pengantin perempuan.

Majlis akad nikah dihadiri 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua pengantin.

Termeterainya ikatan cinta MK dan Siti Hajaar hari ini menoktahkan spekulasi peminat selama ini yang selama ini tertanya-tanya tentangnya sejak penyanyi juga pelakon berusia 27 tahun itu muat naik foto berukuran pasport lengkap memakai songkok dalam Instagram. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI