fbpx

Geledah rumah Hamzah, itu urusan LHDN, penyiasat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan penduduk setempat ketika menunaikan solat jumaat di Cyberjaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai isu penggeledahan kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Selasa lalu.

Menurutnya, beliau menyerahkan urusan itu kepada LHDN dan badan penyiasat untuk melakukan siasatan lanjut.

“Itu urusan LHDN dan badan penyiasat, saya tidak dimaklumkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan LHDN dikatakan menyerbu kediaman Hamzah, pagi Selasa lalu dan difahamkan, serbuan itu adalah susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.

Malah, pasukan serbuan turut dikatakan merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun milik Ahli Parlimen Larut itu.

Sebelum ini, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI