fbpx

Rossa reda alami perubahan suara sebabkan usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSA

PETALING JAYA – Selepas 25 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, diva terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mengakui dirinya mengalami perubahan suara ketika menyanyi.

Bagaimanapun, Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani itu menganggap, perubahan vokalnya itu adalah perkara normal bagi seorang artis bergelar penyanyi, terutama ketika usianya semakin meningkat.

“Sebenarnya saya kurang maklum jika ada yang membandingkan vokal saya hari ini (sekarang) dengan suara ketika awal pembabitan saya dalam bidang seni. Bagi saya perubahan suara itu perkara biasa mengikut peredaran masa dan usia.

“Lagi pun aya sudah menyanyi selama 25 tahun. Sudah tentu suara saya tidak lagi sama seperti dahulu. Moga-moga perubahan itu (suara) ke arah yang lebih baik dan bukan menjadi semakin teruk,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah penyanyi berusia 44 tahun itu, selain faktor usia, perubahan suara seseorang penyanyi itu juga boleh berlaku disebabkan trend.

“Trend juga boleh mempengaruhi perubahan suara seseorang penyanyi itu. Mungkin ketika itu (dahulu) trend menyanyi berbeza dengan cara nyanyian lima tahun akan datang (sekarang),” katanya.

Rossa yang ditemui sewaktu majlis pelancaran konsert dan album terbaharunya, Another Journey The Beginning di sini, baru-baru ini turut melahirkan rasa syukur dan gembira apabila mendakwa albumnya telah terjual sebanyak 300,000 unit di pasaran Indonesia.

“Alhamdulillah album terbaharu saya, Another Journey The Beginning telah pun terjual sebanyak 300,000 unit di Indonesia.

“Saya gembira masih ada yang mahu membeli album secara fizikal untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Jumlah 300,000 unit itu suatu angka yang boleh dikatakan cukup besar untuk zaman digital hari ini,” jelasnya.

Pada masa sama, pelantun lagu Pudar itu juga melahirkan rasa tidak sabar untuk membuat persembahan ketika konsertnya, Another Journey: The Beginning yang bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai hadapan.

“Saya akan menyanyikan sebanyak 25 buah lagu ketika konsert itu nanti. Antara artis jemputan yang bakal membuat persembahan ialah Rizky Febian pada 13 Julai dan Mahalini pada 14 Julai 2023,” tuturnya teruja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI