fbpx

Pilih kursus terbaik lanjut pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Kenal pasti minat dan kemahiran diri
Dengan bersikap jujur, nyatakan lima hingga enam subjek yang sentiasa menarik hati anda sepanjang berada di bangku persekolahan.

Bagi yang tidak minat bidang akademik, anda boleh gantikan subjek tersebut dengan aktiviti kokurikulum atau hobi sedia ada.

Kemudian, senaraikan kemahiran sedia ada berdasarkan keputusan akademik atau pencapaian peribadi bagi subjek tersebut.

Ini penting bagi memastikan kursus dipilih berada di landasan tepat untuk berkecimpung dalam kerjaya yang diminati.

Senaraikan potensi kerjaya berkaitan
Dalam ekosistem kehidupan bermasyarakat, terdapat banyak peranan perlu diisi dan ia saling berkaitan.

Seseorang individu masih boleh terlibat dalam bidang yang diminati biarpun tidak memiliki kecenderungan akademik dan kemahiran.

Sebagai contoh, sekiranya mahu bekerja di bidang perubatan, tetapi kelebihan akademik lebih cenderung kepada subjek fizik berbanding biologi.

Jadi, seseorang itu disaran memilih kerjaya sebagai jurutera mesin perubatan.

Cari kursus sesuai dengan kerjaya pilihan
Sewaktu memilih kursus di universiti atau institusi kemahiran, kenal pasti kursus yang menawarkan subjek berkaitan kerjaya impian anda.

Kebanyakan institusi pengajian tertiari memiliki subjek dan modul berbeza berbanding universiti lain.

Sebagai contoh, Program Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memiliki modul dan subjek berbeza daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sekiranya anda sudah pasti dengan kerjaya impian, pilih UiTM dengan kemahiran khusus. Sekiranya masih tidak jelas, pilih UKM yang menawarkan kursus umum.

Selidik pasaran kerjaya setiap kursus

Penting untuk mempertimbangkan pasaran pekerjaan dan permintaan untuk graduan dalam bidang berdasarkan modul ditawarkan.

Pertimbangkan juga potensi gaji serta peluang pertumbuhan kerjaya dalam industri berbeza.

Langkah ini bagi memastikan diploma atau ijazah sarjana muda yang dikeluarkan nanti masih laku di pasaran pekerjaan pada ketika itu.

Jangan cepat putus asa
Sekiranya keputusan akademik tidak menepati piawaian subjek di institusi awam, peluang masih ada di institusi swasta.

Biarpun lebih mahal, namun ia tetap menjadi satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Ini kerana majikan tidak peduli sama ada calon pekerja mereka daripada institusi awam atau swasta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI