fbpx

[VIDEO] Polis cari 4 lelaki baling batu, kayu ke arah lori di Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial baru-baru ini.

SEREMBAN – Pihak polis mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah sebuah lori di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Senawang Seremban di sini kelmarin seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lebih kurang pukul 8.14 malam kelmarin seorang lelaki yang merupakan pemandu lori berusia 32 tahun membuat laporan polis menyatakan cermin hadapan lori miliknya telah dibaling objek kayu dan batu semasa sedang melalui Lebuh Raya Senawang Seremban.

“Kejadian berlaku sekitar 7 malam hari yang sama. Suspek dipercayai empat orang lelaki melarikan diri ke arah semak samun berdekatan lebuh raya berkenaan.

“Pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 52 saat di media sosial memaparkan cermin hadapan sebuah lori pecah di baling batu dan kayu serta suspek tidak dapat dikesan dipercayai melarikan diri.

Menurut Arifai, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Parthiban di talian 019-6513114 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI