fbpx

Pusat hiburan tawar perkhidmatan GRO, edar dadah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam serbuan di Kluang, Johor, Ahad lalu - IHSAN JSJ PDRM

KLUANG – Polis menahan 49 individu warga asing dan tempatan dalam satu serbuan sebuah pusat hiburan beroperasi lebih masa dan mengaji pelayan khidmat pelanggan (GRO) warga asing termasuk seorang bawah umur, di sini, Ahad lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, Operasi bersepadu itu dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.

Menurutnya, banggunan kedai terbabit telah dijadikan sebgai pusat hiburan dengan menawarkan perkhidmatan GRO dan pengedaran dadah.

“Seramai 49 individu warga asing dan tempatan ditahan bersama rampasan yang dianggarkan bernilai RM50,000 membabitkan set karaoke, alat kawalan jauh serta wang tunai.

“Premis ini didapati beroperasi melebihi masa ditetapkan dan mengaji pekerja warga asing sebagai pelayan termasuk seorang pelayan wanita bawah umur,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook, semalam.

Tambah kenyataan itu, hasil ujian pemeriksaan air kencing mendapati 15 individu didapati positif menggunakan dadah terlarang.

Kenyataan itu turut memaklumkan , kes disiasat mengikut pelbagai kesalahan iaitu Peraturan 55b Peraturan Imigresen, Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/69 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1953/69.

“Kes turut disiasat Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 6(2) Enakmen Johor 2003, Seksyen 12 ATIPSOM 2007, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan serbuan dan tangkapan terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI