fbpx

Polis bantuan maut dirempuh lori ketika bantu kereta rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut dirempuh lori ketika sedang membantu sebuah kereta Perodua Viva yang rosak di KM11.6 Jambatan Kedua pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) maut dirempuh sebuah lori ketika sedang membantu sebuah kereta yang rosak di Kilometer 11.6 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah, dari arah Batu Kawan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Musyiri Bakar, 49, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah.

Menurut kenyataan JKSB, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membantu salah sebuah kereta jenis Perodua Viva yang rosak di tepi jalan berkenaan.

“Sebuah lori lima tan dipercayai telah hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda jenis Toyota Hilux sehingga menyebabkan mangsa yang berada di hadapan tercampak ke lorong motosikal.

“Mangsa kemudiannya dilanggar pula sebuah motosikal yang turut melalui kawasan terbabit. Bagaimanapun, penunggang motosikal dilaporkan mengalami cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, jelas kenyataan itu lagi, pihak JKSB masih menunggu siasatan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI