fbpx

PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di peringkat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan BN kini berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditanya mengenai status pembahagian kerusi antara PH-BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

“Di peringkat akhir,” katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

PRN di enam negeri bakal melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Setakat ini, Pulau Pinang telah mengumumkan pembubaran DUN pada 27 Jun, manakala Negeri Sembilan pula pada 30 Jun.

Sementara, Kelantan akan mengumumkan tarikh pembubaran DUN pada Rabu ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembahagian kerusi akan dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum senarai calon dikemukakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI