fbpx

Penggulungan PAU 2023 oleh Presiden UMNO terbaik – Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada PAU 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL.

PETALING JAYA – Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terbaik, padat, ringkas, jelas dan penuh “agenda centric”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, UMNO walaupun hanya berkongsi kuasa dalam Kerajaan Perpaduan tetap dengan agenda membantu rakyat.

“Meluluskan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Khas Wanita. Mengusahakan perumahan transit madani untuk anak muda

“Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig. UMNO akan menganjurkan jelajah industri halal ke seluruh negara.

“Mengarahkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) meringankan bebanan peminjam pendidikan agar tidak terjerumus menjadi muflis.

“Kuasa bukan diguna untuk bertahan lama sebagai Perdana Menteri sehingga akhirnya yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran. UMNO pula yang menerima musibah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohd. Puad berkata, bertambah manis dalam tempoh empat hari PAU 2023 apabila Tabung Pendidikan Melayu anjuran UMNO mengumpul sebanyak RM 1.6 juta.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kesyukuran meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan, tiga anak Najib muncul di PAU 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI