fbpx

Liga Super: Jaringan Forestieri berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORESTIERI (tengah) melakukan sepakan akrobatik untuk meledak gol pertama JDT ketika menentang TFC kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

AKSI penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mendapat pujian ketua jurulatihnya selepas membantu menewaskan Terengganu FC (TFC) di gelanggang keramat lawan kelmarin.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, selain menjaringkan gol pembukaan berkelas dunia menerusi sepakan akrobatik, Forestieri juga menjadi perancang utama dua lagi jaringan selain rajin turun membantu kubu pertahanan.

“Perlawanan ini sukar kerana pihak lawan beraksi lebih baik berbanding pertemuan pertama pada Februari lalu. Banyak hantaran kami tidak menjadi pada awal permainan.

“Jaringan menakjubkan Forestieri dari luar kotak penalti menjadi titik permulaan kemenangan JDT dan kami mula mendominasi perlawanan selepas itu,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Sementara itu, beliau mengakui sudah menjangkakan aksi panas dan tegang dengan insiden layangan kad merah kepada dua pemain TFC akan dipertikaikan pasukan tuan rumah.

Jurulatih kelahiran Argentina itu berkata, baginya pengadil perlawanan telah menjalankan tugas dengan baik selain menyifatkan corak agresif TFC berpunca keghairahan mahu menjinakkan JDT.

“Dengan rekod bersih 14 kemenangan, semua pasukan mahu menjadi yang pertama mengalahkan JDT sehingga terbawa-terbawa dan memberi kesan kepada pasukan mereka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI